Sambutan Leo (filem)

Penerimaan kritis

Leo menerima ulasan bercampur-campur daripada pengkritik[6][7][8].

Macha Hunt food memberikan 3.25 bintang dari 5 bintang dan menulis ia merupakan filem terbaik Vijay, tapi filem terburuk dalam siri LCU. Juga menambah bahawa filem ini pada separuh masa pertama mendebarkan tetapi ia menjadi kurang menarik pada babak kedua[14]

Divya Nair dari Rediff memberikan 3.5 daripada 5 bintang dan menulis "Lokesh telah bijak menggunakan keresahan dan tindakan Vijay untuk mencipta gambaran dua personaliti yang sesuai untuk Leo. Penambahan kejutan dalam urutan klimaks menawarkan sedikit harapan dan kemungkinan sekuel ."[15] .Suhasini Srihari dari Deccan Herald memberikan 3 daripada 5 bintang. Sridevi S daripada The Times of India memberikan 3 daripada 5 bintang.

Ranjani Krishnakumar dari Hindustan Times menulis "Persembahan Vijay dalam adegan emosi tidak menimbulkan reaksi walaupun Lokesh Kanagaraj menyediakan adegan aksi yang mendebarkan".

Kutipan panggung

Leo memperoleh kutipan sebanyak ₹140 crore di seluruh dunia pada hari pembukaannya, dimana ₹75 crore dari kutipan domestik IndiaIa yang merupakan kutipan kasar hari pertama tertinggi untuk filem Tamil.[16].Filem itu melepasi ₹200 crore dalam dua hari, memperoleh ₹122 crore dari India menjadi filem Tamil terpantas untuk mendapat kutipan panggung sebanyak ₹200 crore. Leo berada di kedudukan ketiga menewaskan Killers of the Flower Moon di Carta Box Office Global.[17]Ia memporelehi kutipan sebanyak ₹403 crore di seluruh dunia pada minggu pertama pengeluaranya , menjadi filem Tamil terpantas untuk mencapai kutipan ₹400 crore.

Kutipan filem itu di seluruh dunia mencecah ₹460 crore untuk menjadi filem Tamil keempat dengan kutipan tertinggi di box office[18][19]

Rujukan

WikiPedia: Leo (filem) https://indianexpress.com/article/entertainment/ta... https://archive.li/1udLC https://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/... https://web.archive.org/web/20230712133624/https:/... https://www.pinkvilla.com/entertainment/box-office... https://economictimes.indiatimes.com/magazines/pan... https://web.archive.org/web/20230702183135/https:/... https://www.ntvenglish.com/movie-news/thalapathy-v... https://web.archive.org/web/20230810044606/https:/... https://www.cnbctv18.com/entertainment/leo-gets-mi...